Searching for jannah

Hamba Allah ♥

Ketika iman jatuh, ketika diri terlalu lemah, jangan bersendirian. Duduklah bersama orang-orang soleh. Semoga bertemu ketenangan :')


Entries About Linkies Stuff


Taaruf ?

Put your CBOX codes here! allright?

Syukran

Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others: ♥ ♥ ♥

Hanya Hamba Yang Lemah


 Assalamualaikum readers . It's been a month tak update blog ? Miss me right ? I know   already . Liyana , stop it . Annoying lah . So , memandangkan dah berabad tak update blog ni , terdapat banyak sarang lelabah yang mencemari dunia blogku . Jadi , aku mengambil keputusan untuk mengambil sebatang mop untuk membersihkan blogku ini . Ayat skema macam Bedah Pinky :) Keep on reading pretty :')


                                    





Aku merenung keatas . Melihat langit yang kebiruan . Aku tersenyum . Subahanallah . Indahnya ciptaanMu . Layakkah insan seperti aku berjalan di bumiMu sambil bermegah ? Sedangkan diriku ini hanya berasal daripada setitis air mani yang hina . Ya Allah , terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan sehingga tidak terhitung olehku . Aku alpa . Aku lupa bahawa diri ini hanya seorang insan yang lemah . Tanpa sebarang kekuatan , dan jika engkau tidak memberi bantuan , apalah dayaku . Namun , aku seringkali membuat kemungkaran tanpa menghitung pahala dan dosa . Ya Allah , aku rasa beratnya beban yang ditanggung . Aku sepatutnya menjadi pendokong dalam meneruskan dakwah Islam namun aku sendiri menghancurkan negara . Aku malu Ya Allah . Aku malu padaMu dan aku malu pada sesiapa sahaja yang aku kenali . 

                                  

Ya Allah , bantulah aku . Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan dan terus beristiqamah . Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslimah . Bantulah aku Ya Rahman . Mungkin suatu hari nanti , dengan kasih sayangMu , aku akan dapat meninggalkan dosa-dosa yang telah aku lakukan . Dengan rahmatMu , aku akan dapat melaksanakan tanggungjawab kepadamu . Tetapi , mungkin juga aku selalu membelakangkanMu . Allahurabbi :( Ku akui , amat susah untuk meninggalkan perkara yang sudah menjadi rutin iaitu tabiat . Meskipun ianya suatu kemungkaran , kerana sudah terbiasa , ku fikir banyak lagi masa untuk bertaubat . 


                             


Hakikatnya , aku sedar Ya Allah , semakin hari umurku semakin bertambah . Sehinggakan pada suatu masa nanti , aku sudah tidak mampu lagi untuk bertaubat kerana sedang menghadapi kesakitan sakaratul maut . Dan mungkin juga aku tidak sempat untuk bertaubat kerana kerana nyawaku ini hanyalah pinjaman . Bila-bila sahaja kau boleh mengambilnya tanpa aku duga . Mungkinkah pada waktu itu baru aku hendak menyesal ?
Sedangkan peluang dan masaku tiada lagi . Aku tidak mahu Ya Allah . Sesungguhnya aku tidak mampu menanggung seksa azabMu kerana sakit yang pernah ku alami pun sudah tidak tertanggung peritnya . Ini baru ujian di dunia . Apakah di akhirat nanti aku bakal menanggung seksa yang lebih perit ?

                        
                                        

Ya Allah , ampunkanlah hambaMu yang serba kekurangan ini . Hapuskanlah dosa ku yang telah dilakukan selama ini . Terima kasih kerana memberikan hidayah kepadaku untuk berubah dan terima kasih juga kerana mendugaku dengan dugaan yang begitu dasyat . Kerana sesungguhnya , dugaanMu itu telah menyebabkan aku sedar betapa kerdilnya diriku disisiMu . Syukran for reading . Ana uhibbuki fillah . Much love , MakcikComell . Assalamualaikum :')